Monday 18 February 2013

SEMENTAK.. Terbentuk dari seribu kekerutan wajah apabila ditujah menusuk sepasang perangkap gelombang dan disaringkan dengan akal.. dilahirkan di alam raya diiringi persoalan kerana terbitnya dari kesunyian darul ridzuan.. keindahan perkhabarannya menjadikan insan terjejas dalam tafsiran, menjadikannya namanya subur dari kekontangan.. tatkala generasi ini mengheret segala yang terpuji dengan gelaran dan perbuatan.. menjadi sinar dalam terangnya, bertukar jernih dari keruhnya.. apabila mulanya hanyunan langkah, kentalnya merobek belantara dugaan dan keperitan, mewujudkan kewarasan dan kematangan dalam menyusuri perjalanan.. kembaranya ditumpangi jarum A-Quran, berbenangkan sunnah nabi akhir zaman yang akan menjahit segala kekeliruan, teka-teki, kejahilan dan kedangkalan, pertelingkahan dalam diri dan lingkaran sekitarnya yang semakin melebar kekoyakkan menjalar kelonggaran pegangan.. menyebarkan syiar kebenaran, mengajar mentadbir alam dalam tugasannya sehingga saat jagat dijulang hamparannya.. di kala ini, dipasangkan ikrar, diikat janji.. dengan nama Tuhan yang memulakan, terbinanya SEMENTAK dipasangkan maksudnya SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN DAERAH KUALA KANGSAR, ketikanya 16 Februari 2012 saksi kepada seluruh makhluk alam yang menjadi kesinambungan ke arah kejayaan dengan Al-Quran.

~ Nukilan : Mohd Khairi b. Azmi

Sunday 30 December 2012

13 November 2012 - Penyerahan Watikah Ketua Pelajar


Ikrar Ketua Pelajar 
oleh 
Muhammad Azim b. Sazali (Ketua Umum), 
Muhammad Alif Farhan b. Mohd Ridzuan (Pen. Ketua Umum), 
Amru b. Abdul Samad, Muhammad Hafizuddin b. Abd Rahman 
dan 
Muhammad Syafiq Iqbal b. Abd Rahman



Ikrar Ketua Pelajar


Bahawasanya kami
Ketua Pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan berikrar
akan memikul tugas yang diamanahkan
dengan jujur dan ikhlas
berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah
dalam melaksanakan peraturan-peraturan disiplin
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
dan kami juga mendukung syariat-syariat Islam sebagai cara hidup kami

Kami juga
akan menjalankan tugas 
dengan penuh tanggungjawab
demi menjaga nama baik ibubapa, guru-guru, bangsa dan agama

  (3x)  الى  النجاح  بالقرأن   





~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

9 - 13 November 2012 : Program Mukhayyam Tahfiz Peringkat Sekolah


Program Mukhayyam Tahfiz 2012 yang ditunggu-tunggu oleh pelajar SEMENTAK akhirnya berjaya diadakan selama 5 hari di sekitar kawasan sekolah. Program ini melibatkan 22 orang pelajar SEMENTAK dan 12 orang guru dan staf. 

Antara pengisian program adalah qiamullail, Cinta Bahasa Arab, Cinta Tanahair, Master Chef, Speel It Right dan riadhah. Program yang diadakan berjaya membuka minda pelajar supaya berfikir secara kreatif serta membakar semangat pelajar untuk berusaha lebih gigih pada masa akan datang.




Majlis Penutup Program Kem Mukhayyam telah disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Munawir b. Salehuldin. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Turut diselitkan acara penyerahan bantuan biasiswa kepada semua pelajar yang layak dan persembahan nasyid oleh Soutul Huffaz.



~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

Sunday 23 December 2012

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

4 September 2012 - Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Bertemakan 'Sepakat Membawa Berkat' sambutan Hari Raya seperti yang dijadualkan berlangsung dengan meriah dan meninggalkan pengalaman yang terindah dalam memori setiap warga SEMENTAK. 

Warga SEMENTAK berganding bahu menyediakan juadah untuk dinikmati bersama.



~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran
14 Ogos 2012 - Majlis Berbuka Puasa Peringkat Sekolah & Pemberian Duit Raya

Majlis berbuka puasa yang sederhana tetapi meriah telah dihadiri oleh ibubapa pelajar, guru-guru dan para pelajar SEMENTAK. Majlis diadakan untuk merapatkan ukhwah antara ibubapa, guru-guru serta para pelajar.






~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

Tuesday 27 November 2012

27 - 29 Julai 2012 
Kem Motivasi Kepimpinan di Resort Tasek Raban pelajar SEMENTAK bersama pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong

Kem yang bertemakan asas kepimpinan ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 27 hingga 29 Julai 2012. Seramai 4 orang pelajar dari Universiti Malaya bertindak sebagai barisan fasilitator. 

Slot ceramah telah diisi oleh AF Ustaz Ahmad Munawir b Salehuldin (Pengetua SEMENTAK), AF Ustaz Faiz b Muhammad Rafaai (Pengetua SMTDRL), En Saifullah Ahmad (Ketua Wartawan Sinar Perak) dan Pn Ismaniza. Perasmian kem telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk, Tn Hj Mohamad Nasar Kurdi. Pengisian kem meliputi sesi ceramah dan LDK, qiamullail, solat berjemaah dan riadah. 

Semoga segala ilmu dan latihan yang diperoleh di kem ini mampu membentuk asas kepimpinan dalam kalangan pelajar.



ehsan : barisan fasilitator


~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

20 Julai 2012 - Hari Bertemu Waris

Setelah menjawab Peperiksaan Pertengahan Tahun pada 21 hingga 25 Mei 2012 yang lalu, kini tibalah masanya untuk para pelajar SEMENTAK menunjukkan hasil usaha mereka kepada ayahanda dan bonda tercinta.

Pada hari ini, ibubapa, guru-guru dan warden dapat bersemuka untuk membincangkan bagaimana untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi anak-anak mereka.





Semoga para pelajar SEMENTAK sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.



~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran.