Monday 18 February 2013

SEMENTAK.. Terbentuk dari seribu kekerutan wajah apabila ditujah menusuk sepasang perangkap gelombang dan disaringkan dengan akal.. dilahirkan di alam raya diiringi persoalan kerana terbitnya dari kesunyian darul ridzuan.. keindahan perkhabarannya menjadikan insan terjejas dalam tafsiran, menjadikannya namanya subur dari kekontangan.. tatkala generasi ini mengheret segala yang terpuji dengan gelaran dan perbuatan.. menjadi sinar dalam terangnya, bertukar jernih dari keruhnya.. apabila mulanya hanyunan langkah, kentalnya merobek belantara dugaan dan keperitan, mewujudkan kewarasan dan kematangan dalam menyusuri perjalanan.. kembaranya ditumpangi jarum A-Quran, berbenangkan sunnah nabi akhir zaman yang akan menjahit segala kekeliruan, teka-teki, kejahilan dan kedangkalan, pertelingkahan dalam diri dan lingkaran sekitarnya yang semakin melebar kekoyakkan menjalar kelonggaran pegangan.. menyebarkan syiar kebenaran, mengajar mentadbir alam dalam tugasannya sehingga saat jagat dijulang hamparannya.. di kala ini, dipasangkan ikrar, diikat janji.. dengan nama Tuhan yang memulakan, terbinanya SEMENTAK dipasangkan maksudnya SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN DAERAH KUALA KANGSAR, ketikanya 16 Februari 2012 saksi kepada seluruh makhluk alam yang menjadi kesinambungan ke arah kejayaan dengan Al-Quran.

~ Nukilan : Mohd Khairi b. Azmi