Sunday 30 December 2012

13 November 2012 - Penyerahan Watikah Ketua Pelajar


Ikrar Ketua Pelajar 
oleh 
Muhammad Azim b. Sazali (Ketua Umum), 
Muhammad Alif Farhan b. Mohd Ridzuan (Pen. Ketua Umum), 
Amru b. Abdul Samad, Muhammad Hafizuddin b. Abd Rahman 
dan 
Muhammad Syafiq Iqbal b. Abd Rahman



Ikrar Ketua Pelajar


Bahawasanya kami
Ketua Pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan berikrar
akan memikul tugas yang diamanahkan
dengan jujur dan ikhlas
berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah
dalam melaksanakan peraturan-peraturan disiplin
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
dan kami juga mendukung syariat-syariat Islam sebagai cara hidup kami

Kami juga
akan menjalankan tugas 
dengan penuh tanggungjawab
demi menjaga nama baik ibubapa, guru-guru, bangsa dan agama

  (3x)  الى  النجاح  بالقرأن   





~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

9 - 13 November 2012 : Program Mukhayyam Tahfiz Peringkat Sekolah


Program Mukhayyam Tahfiz 2012 yang ditunggu-tunggu oleh pelajar SEMENTAK akhirnya berjaya diadakan selama 5 hari di sekitar kawasan sekolah. Program ini melibatkan 22 orang pelajar SEMENTAK dan 12 orang guru dan staf. 

Antara pengisian program adalah qiamullail, Cinta Bahasa Arab, Cinta Tanahair, Master Chef, Speel It Right dan riadhah. Program yang diadakan berjaya membuka minda pelajar supaya berfikir secara kreatif serta membakar semangat pelajar untuk berusaha lebih gigih pada masa akan datang.




Majlis Penutup Program Kem Mukhayyam telah disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Munawir b. Salehuldin. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Turut diselitkan acara penyerahan bantuan biasiswa kepada semua pelajar yang layak dan persembahan nasyid oleh Soutul Huffaz.



~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

Sunday 23 December 2012

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

4 September 2012 - Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Bertemakan 'Sepakat Membawa Berkat' sambutan Hari Raya seperti yang dijadualkan berlangsung dengan meriah dan meninggalkan pengalaman yang terindah dalam memori setiap warga SEMENTAK. 

Warga SEMENTAK berganding bahu menyediakan juadah untuk dinikmati bersama.



~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran
14 Ogos 2012 - Majlis Berbuka Puasa Peringkat Sekolah & Pemberian Duit Raya

Majlis berbuka puasa yang sederhana tetapi meriah telah dihadiri oleh ibubapa pelajar, guru-guru dan para pelajar SEMENTAK. Majlis diadakan untuk merapatkan ukhwah antara ibubapa, guru-guru serta para pelajar.






~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

Tuesday 27 November 2012

27 - 29 Julai 2012 
Kem Motivasi Kepimpinan di Resort Tasek Raban pelajar SEMENTAK bersama pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong

Kem yang bertemakan asas kepimpinan ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 27 hingga 29 Julai 2012. Seramai 4 orang pelajar dari Universiti Malaya bertindak sebagai barisan fasilitator. 

Slot ceramah telah diisi oleh AF Ustaz Ahmad Munawir b Salehuldin (Pengetua SEMENTAK), AF Ustaz Faiz b Muhammad Rafaai (Pengetua SMTDRL), En Saifullah Ahmad (Ketua Wartawan Sinar Perak) dan Pn Ismaniza. Perasmian kem telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk, Tn Hj Mohamad Nasar Kurdi. Pengisian kem meliputi sesi ceramah dan LDK, qiamullail, solat berjemaah dan riadah. 

Semoga segala ilmu dan latihan yang diperoleh di kem ini mampu membentuk asas kepimpinan dalam kalangan pelajar.



ehsan : barisan fasilitator


~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran

20 Julai 2012 - Hari Bertemu Waris

Setelah menjawab Peperiksaan Pertengahan Tahun pada 21 hingga 25 Mei 2012 yang lalu, kini tibalah masanya untuk para pelajar SEMENTAK menunjukkan hasil usaha mereka kepada ayahanda dan bonda tercinta.

Pada hari ini, ibubapa, guru-guru dan warden dapat bersemuka untuk membincangkan bagaimana untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi anak-anak mereka.





Semoga para pelajar SEMENTAK sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.



~ Ke arah kejayaan dengan Al-Quran.

Thursday 22 November 2012

18 Mei 2012
Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja peringkat sekolah 

Bertemakan Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara & Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi, satu sambutan yang sederhana tetapi meriah telah diadakan bagi menghargai pengorbanan dan jasa yang telah disumbang oleh para guru dan staf bagi menggerakkan SEMENTAK. Tergambar wajah gembira pada setiap wajah warga SEMENTAK pada hari tersebut.





Namun dalam kegembiraan menyambut Hari Guru & Hari Pekerja, terselit perasaan sedih kerana SEMENTAK kehilangan seorang guru yang sangat berkaliber iaitu Cikgu Isza Shahira bt Ishak. Beliau terpaksa meninggalkan SEMENTAK kerana menyambung khidmat di Sarawak. Semoga Cikgu Isza tidak melupakan kami di SEMENTAK dan terima kasih atas pengorbanan dan jasa yang dicurahkan semasa berkhidmat di sini.



Wednesday 21 November 2012

5 Mei 2012
Program pelajar SEMENTAK bersama Kesatuan Pelajar-pelajar Islam Perak (KPIP) berlangsung selama sehari bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang. Pelbagai aktiviti dijalankan dan penglibatan para pelajar amat menggalakkan. 

Program ini berjaya memberi anjakan paradigma kepada pelajar dalam membentuk sahsiah diri yang lebih sempurna.





22 April 2012
Asrama pelajar SEMENTAK bertukar tempat dari bangunan bersebelahan Masjid Lama Felda Lasah ke Sek. Ren. Agama Rakyat At-Taawuniah Felda Lasah. Semoga dengan perpindahan ini memberi suasana dan inspirasi baru kepada pelajar.


Tuesday 20 November 2012



11 April 2012


 warga kerja SEMENTAK di  


  


Semua warga kerja SEMENTAK menjamu selera makan tengah hari merangkap Majlis Perpisahan Radhwan Aliff. Terima kasih atas sumbangan dan jasa yang telah diberikan oleh Aliff dan semoga jalinan ukhwah antara warga SEMENTAK semakin kukuh dari hari ke hari.








Saturday 3 March 2012

Anak-anak didik SEMENTAK akan menghadapi Ujian 1 bermula pada 5 hingga 7 Mac 2012. Kami barisan warga pendidik SEMENTAK sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didik yang dikasihi. Semoga anak-anak didik SEMENTAK dapat menonjolkan potensi diri masing-masing dan melakarkan kecemerlangan yang tiada bandingnya.

Monday 13 February 2012


Pn. Norsuzila bt Abu Kassim
Guru bertugas : 13 - 17 Februari 2012

Tuesday 31 January 2012

Kemasukan pelajar '2nd batch' SEMENTAK 2012

Tanggal 1 Februari 2012, SEMENTAK akan menerima lagi kemasukan anak-anak pelajar baru untuk melengkapkan seramai 30 orang pelajar kesemuanya.. Semoga anak-anak pelajar berbesar hati memasuki SEMENTAK dan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi hafiz mumtaz 2016.. Insyaallah =)