18 Mei 2012
Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja peringkat sekolah
Bertemakan Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara & Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi, satu sambutan yang sederhana tetapi meriah telah diadakan bagi menghargai pengorbanan dan jasa yang telah disumbang oleh para guru dan staf bagi menggerakkan SEMENTAK. Tergambar wajah gembira pada setiap wajah warga SEMENTAK pada hari tersebut.
Namun dalam kegembiraan menyambut Hari Guru & Hari Pekerja, terselit perasaan sedih kerana SEMENTAK kehilangan seorang guru yang sangat berkaliber iaitu Cikgu Isza Shahira bt Ishak. Beliau terpaksa meninggalkan SEMENTAK kerana menyambung khidmat di Sarawak. Semoga Cikgu Isza tidak melupakan kami di SEMENTAK dan terima kasih atas pengorbanan dan jasa yang dicurahkan semasa berkhidmat di sini.
Thursday, 22 November 2012
Wednesday, 21 November 2012
5 Mei 2012
Program pelajar SEMENTAK bersama Kesatuan Pelajar-pelajar Islam Perak (KPIP) berlangsung selama sehari bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang. Pelbagai aktiviti dijalankan dan penglibatan para pelajar amat menggalakkan.
Program ini berjaya memberi anjakan paradigma kepada pelajar dalam membentuk sahsiah diri yang lebih sempurna.
Tuesday, 20 November 2012
Saturday, 3 March 2012
Anak-anak didik SEMENTAK akan menghadapi Ujian 1 bermula pada 5 hingga 7 Mac 2012. Kami barisan warga pendidik SEMENTAK sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didik yang dikasihi. Semoga anak-anak didik SEMENTAK dapat menonjolkan potensi diri masing-masing dan melakarkan kecemerlangan yang tiada bandingnya.
Tuesday, 31 January 2012
Kemasukan pelajar '2nd batch' SEMENTAK 2012
Tanggal 1 Februari 2012, SEMENTAK akan menerima lagi kemasukan anak-anak pelajar baru untuk melengkapkan seramai 30 orang pelajar kesemuanya.. Semoga anak-anak pelajar berbesar hati memasuki SEMENTAK dan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi hafiz mumtaz 2016.. Insyaallah =)
Subscribe to:
Posts (Atom)







